Kek Aiskrim gergasi
Kek ais krim yang terbesar di dunia dicipta oleh sepasukan tukang masak di Beijing , China pada 16h Januari 2006 . Ia seberat 8 tan ! Tinggi kek 1 meter , lebar 3 meter dan panjang 4.8 meter .
Biskut Raksasa
Biskut yang sangat besar sekali ialah ciptaan Syarikat Immaculate Baking di North Carolina , Amerika Syarikat .Ia siap dimasak pada 17hb Mei 2003 . Bahan bahannya ialah 30,000 biji telur , 6,500 paun mentega dan 6,000 paun coklat ! Berat biskut 37,000 paun dengan diameter 102 kaki .
Minuman Smoothi Paling Banyak
Kedai minuman Booster Juice di Kitchener , Kanada telah memproses 195 gelen smoothi daripada buah buahan segar. Buah buahan dikisar dalam pengisar dan jus buah dituang ke dalam gelas gergasi sehingga penuh .
Coklat Hati Gergasi
Lluis Morera mencipta coklat hati gergasi seberat 7 tan sempena hari valentine pada 13hb Februari 2004 di Madrid . Coklat hati ini ditaja oleh syarikat Chocovic , pengeluar coklat yang terbesar di Sepanyol .
Kek Perkahwinan Mewah
Kek perkahwinan yang paling besar ciptaan chef Mohegan Sun , hampir mencecah siling hotel . kek tujuh tingkat ini setinggi 17 kaki dengan berat 15 , 032 paun . Ia boleh diberi makan kepada 59,000 orang.
Lolipop Terbesar
Hersheys Food Corporation membuat gula gula lolipopp gergasi yang berperisa ceri . Ia seberat 4.016 paun , setebal 18.9 inci dan sebesar 5 kaki persegi . Ia telah mendapat Rekod Dunia
Guinness sebagai lolipop yang terbesar di dunia .