Saturday, January 8, 2011

Makanan Gergasi

 Kek Aiskrim gergasi 
 Kek ais krim yang terbesar di dunia dicipta oleh sepasukan tukang masak di Beijing , China pada 16h  Januari 2006 . Ia seberat 8 tan ! Tinggi kek 1 meter , lebar 3 meter dan panjang 4.8 meter .


 Biskut Raksasa 
 Biskut yang sangat besar sekali ialah  ciptaan Syarikat Immaculate Baking di North Carolina , Amerika Syarikat .Ia siap dimasak pada 17hb Mei 2003 . Bahan bahannya ialah 30,000 biji telur , 6,500 paun mentega dan 6,000 paun coklat ! Berat  biskut 37,000 paun dengan diameter 102 kaki . 


 Minuman Smoothi Paling Banyak 
 Kedai minuman Booster Juice di Kitchener , Kanada telah memproses 195 gelen smoothi daripada buah buahan segar. Buah buahan dikisar dalam pengisar dan jus buah dituang ke dalam gelas gergasi sehingga penuh .


 Coklat Hati Gergasi
 Lluis Morera mencipta coklat hati gergasi seberat 7 tan sempena hari valentine pada 13hb Februari 2004 di Madrid . Coklat hati ini ditaja oleh syarikat Chocovic , pengeluar coklat yang terbesar di Sepanyol .


Kek Perkahwinan Mewah 
 Kek perkahwinan yang paling besar ciptaan chef Mohegan Sun , hampir mencecah siling hotel . kek tujuh tingkat ini setinggi 17 kaki dengan berat 15 , 032 paun . Ia boleh diberi makan kepada 59,000 orang.


 Lolipop Terbesar 
 Hersheys Food Corporation membuat gula gula lolipopp gergasi yang berperisa ceri . Ia seberat 4.016 paun , setebal 18.9 inci dan sebesar 5 kaki persegi . Ia telah mendapat Rekod Dunia 
Guinness sebagai lolipop yang terbesar di dunia .

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...