Thursday, December 30, 2010

Dinosaur Laut

  Plesiaosaurus dan Elasmosaurus adalah reptilia dinosaur yang hidup di lautan .
Mereka berenang perlahan dengan menggunakan sirip seperti burung penguin dan penyu .
Mereka sentiasa berada di permukaan laut supaya mudah untuk bernafas.

  leher Elasmosaurus lebih panjang dari leher Plesiosaurus .
Mereka makan ikan, siput dan ptesaurus ( reptilia dinosaur yang mempunyai kepak dan boleh terbang). 
Mereka menelan makanan bulat bulat seperti ular .
Mereka menelan batu batu tajam untuk menghadamkan makanan . 
Apabila batu tumpul, mereka membuang batu itu dan menelan batu batu baru yang lebih tajam.


 Kajian menunjukkan mereka juga diserang oleh jerung , sama seperti jerung yang terdapat sekarang.
Saiz Elasmosaurus boleh membesar sehingga 15 meter dan lehernya pula 7 meter.


 Ada pihak mendakwa raksaksa di Tasik Loch di Scotland atau dikenali sebagai Nessie adalah sejenis reptilia Plesiosaurus .
Tetapi bukti tidak jelas kerana gambar raksaksa yang diambil kabur dan tidak dapat disahkan.


 Pada awal 1970 an ,sebuah kapal nelayan dari Jepun telah menarik seekor bangkai Plesiosaurus dengan menggunakan jaring ikan di tengah tengah lautan .
Penemuan itu telah mengejutkan dunia sains . 


Kini yang menjadi tanda tanya , adakah Plesiosaurus masih wujud ????

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...