Thursday, September 2, 2010

kejadian alam

KILAT

Kilat berlaku apabila arus udara bergerak di antara awan ribut lalu membentuk elektrik statik.Elektrik statik ini beregerak ke tanah dan kembali ke awan .Pancaran kilat yang terang akan dapat dilihat apabila elektrik statik itu kembali ke awan .

HUJAN BATU

Walaupun cuaca panas di permukaan tanah ,jauh di atas awan , suhu boleh menjadi sangat sejuk .Titisan air membeku menjadi partikel ais yang boleh terus membesar.Apabila ia jatuh dan tidak mencair apabila terkena udara panas , ia akan jatuh sebagai hujan batu . Sebilangan hujan batu sangat besar sehingga menimbulkan kerosakan .

PUTING BELIUNG

Puting beliung hampir sama dengan taufan  tetapi ia berlaku di darat manakala tauffab berlaku di laut . Puting beliung adalah udara yang berputar putar dengan sangat laju .Puting beliung biasanya berlaku di Amerika Syarikat . selatan Rusia dan Australia .

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...