Hello blogku...
sudah hampir 5 bulan meninggalkan mu...hahahaha.....
memang la aku ni kan sibuk..
ceh sebuk apa UPSR dah abis......
MERDEKA! MERDEKA!
aku nak cerita macam2 ni
1. UPSR yang MENAKUTKAN!!!!]
serius...aku memang nebes giler dengan keputusan UPSR yang bakal keluar nanti....aku sangat TAKUT....memang aku dah banyak kali dapat 5A dalam pekse BIASA...ini pekse UPSR.....lain...ha...
aku takut sains,,,,,soklan die giler susah nak mampus.....nampak giler ngan mampus ade..hahaha...aku takut tak dapat 5a puh puh...
korang doakan aku dapat 5A ye.....tank kiu.....
2. PERISTIWA MENGERIKAN.
pada tanggal 7.8.2012 . suatu kejadian mengerikan telah menimpa kami sekeluarga.......peristiwa yang masih terbayang dalam kaca mata kami......
Ketika itu... abang dan kakak ipar aku telah pergi melawat nenek ku yang sakit di kuantan bersama dengan mak cik aku...
nama mak cik aku dewi rohana tetapi lebih dikenali sebagai cik Poziah......
abang dan kakak ipar aku yang sarat mengandung pergi menaiki sebuah kereta milik abang aku nissan teana...
Cik poziah pula pergi bersama dengan lagi seorang mak cik aku bernama Cik Ani.......dan anak-anak mereka merangkap sepupu aku.
NISSAN TEANA
nama penumpang umur
1. Amir Syawal (abang aku) 25
2.Rahina..kak long (akak ipar aku) 25
KERETA ODYSSEY
nama penumpang \umur
1.Cik Poziah 30 an
2.Cik Ani 30 an
3.Hakim (sepupu) 14 tahun
4.Hidayah (sepupu) 13 tahun
5.Intan (sepupu) anak mak cik ani 7 tahun
6.Tasha (sepupu)' 8 tahun
7.Hafiz (sepupu) 5 tahun
8.Adeeb (sepupu) anak mak cik ani 5 tahun
9.Irfan (sepupu) 2 tahun
Selepas mereka melawat mereka telah pulang ke kampung ku di keratong.........
tetapi sebelum itu abang aku dan mak cik aku telah pergi ke giant bersama anak2 mereka....
ketika itu,,,ayah ku telah menelefon abang aku untuk pulang cept kerana pada waktu itu aku tuisyen untuk UPSR yang bakal tiba 3 hari lagi pada tarikh 11.9.2012...dan ayah aku tiada melawat seseorang yang ada kaitan dengan ayah aku....hanya ada kakak ku yang menemaniku...
abang aku meminta kebenaran daripada mak cik ku untuk pulang dahulu.......tanpa teragak-agak sudah pasti mak cik aku membenarkan....
abang aku pulang ke rumah ku di selancar.....sampai sahaja di bandar yang berdekatan dengan selancar.....abang aku telah mendapat panggilan telefon........dan ada seseorang telah memberitahu abang aku bahawa mak cik aku telah kemalangan di paloh inai....
abang aku ingin berpatah balik tetapi memikirkan aku .....abg aku balik jua.....
aku di rumah bersama kakakku sedang memasang lilin kerana ketiadaan elektrik.....kami menghias secantiknya lilin itu kerana ingin memberi kejutan kepada abang aku.......
tetapi sampai sahaja abang aku di rumah.....aku lihat abang aku keluar dengan telefon di tangan dan mundar mandir di hadapan rumah......ketika itu waktu maghrib....
kakak ipar aku masuk ke dalam rumah dengan senyuman yang dibuat buat...
aku tertanya-tanya melihat keadaan abang aku....sebaik sahaja kakak ipar aku duduk...aku bertanya...kenapa dengan abang kesayanganku.....kakak ipar ku menceritakan kejadian yang telah terjadi....aku sangat terkejut....abang masuk ke dalam rumah dengan wajah berkerut....
kami 4 beradik duduk di ruang tamu yang dipenuhi dengan lilin yang bercahaya...... abang dan kakak ipar ku..tidak habis-habis berbalas mesej kepada saudara mara kami yang berada di tempat kejadian....
setiap mesej yang sampai akan di baca oleh kami berempat untuk mengetahui apa yang berlaku....
pada mulanya kakak ipar ku mendapat mesej yang menelefon tadi bukan cik poziah tetapi orang yang berada di tempat kejadian....kami bertambah takut...
kemudian...kami dapat tahu kemalangan itu melibatkan kereta mak cik aku dan sebuah lori 4 tayar....walaupun bukan lori yang sangat besar tetapi ia tetap lori yang lebih besar daripada sebuah kereta...
dan berbagai bagai mesej beritahu tentang keadaan sepupu dan mak cik ku.....
Cik Poziah telah tersepit dan sedang dikeluarkan....hati kami bagai gugur........
dan bermacam lagi dan akhirnya satu mesej yang berbentuk begini
"Mak cik Ani dah xde da..."
mesej itu telah tersampai ke dalam telefon kakak ipar ku....kakak ipar ku menjerit memanggil nama abang ku.....abang ku terus memandang kakak ipar ku....kakak ipar ku menghulur telefon itu dan memeluk abang ku.......abang aku melepaskan telefo. itu kedua dua mereka menangis teresak-esak...pada ketika itu aku tidak tahu apa yang berlakuu....aku terus membaca mesej tersebut....dan terduduk di atas sofa sebelah abang dan kakak ipar ku yang berpelukan......
kakak ku datang dan bertanya...aku menjawab lemah.....kakak ku juga terduduk di atas kerusi .......air mata ku mula menitis....aku terbayang bayang wajahnya......dan anak-anak mereka yang telah menjadi anak yatim.....
abang dan kakak ipar ku mula menyalahkkan diri sendiri kerana pulang lebih awal daripada mereka....dahlah tuisyen ku tidak menjadi kerana ketiadaan elektrik...sepatutnya mereka tidak patut balik....aku menjerit di dalam hati......
Kemudian kakak ipar dan abangku masih terus menerima berita2 yang terjadi....kami juga diberitahu bahawa sepupuku Intan tiada apa2 kecederaan dan dia yang menjawab segala pertanyaan pihak hospital di mana tempat mereka duduk dan macam2 lagi...kerana dia memang tidak ada langsung sedikit kecederaanmungkin kerana dia seorang yang pendiam dan duduk diam di dalam kereta....
akhirnya...kami diberitahu bahawa semuanya stabil ......kami bersyukur tetapi masih sedih kerana kehilangan seorang ahli keluarga yang sangatt cantik,baik dan penyayang.........
keesokan harinya diakan majlis pengebumian...aku tidak dapat ikut kerana aku sekolah ganti pada hari sabtu....aku sedih kerana tidak dapat menatap wajah mak cik ku buat kali terakhir......hanya ayah dan ibuku pergi bersama abang dan kakak ku......
memang sedih tetapi perjuanganku belum berakhir.....pada malam itu aku pulang ke kampung...hidayah mendapat benjol yang besar di kepala dan lebam lebam di tubuhnya...adeeb di simen kaki yang patah...
sayu hatiku apabila mendengar cerita daripada busu ku tentang Adeeb yang bercerita....
"Adeeb dah kejut dah mommy tapi mommy dah tak bangun dah"
busu aku kata yang Adeeb bertanya tentang mommy dia di mana.......dia sangat kecil untuk menerima dugaan ini....
seluruh keluarga tahu tahap kemanjaan Adeeb dengan mommy nya... setiap masa berada dalam dukungan cik ani....pada waktu malam cik ani pasti memeluk adeeb sekuatnya ketika tidur....apabila mengingatkan tentang perkara itu...pedih hatikuu.....
Tetapi nasib baik Adeeb faham....Intan juga begitu.....beberapa kejadian yang melibatkan mommy mereka pasti menyentuh hati kami sekeluarga.
Cik poziah pula patah bahu-patah tulang rusuk sedikit-lidah koyak dan sedikit trauma denga kejadian itu...
Hakim dimasukkan besi ke dalam kakinya buat kali kedua....pada tahun lepas dia kemalangan motor dan dimasukkan besi dan sekarang sekali lagi di paha pula..tempat yang sama kaki kiri
hafiz,irfan- patah kaki kiri kedua-dua mereka sama dengan Adeeb,,,
dan Tasha pula pecah buah pinggangnya....ketika aku melawat pada Hari Ahad...aku lihat dia kencing berdarah.....mukanya lemah.....
ketika aku masuk ke dalam wad kanak-kanak aku terdengar suara budak menjerit rupa-rupanya tasha yang menjerit kesakitan.....aku menangis sedikit...
muka irfan pula dipenuhi dengan jahitan..mukanya calar-balar....sudah tidak rupa irfan yang dahulu....
setelah dua minggu.....mereka semua pulang ke keratong...setiap minggu aku pulang untuk melihat mereka.......aku melayan kerenah mereka semua....
aku juga mendapat nama baru iaitu Kak amira kerana Adeeb tidak pandai menyebut namaku oleh itu dia memanggil ku kak amira/....tetapi aku tidak kesah.....
sekarang aku memang manjakan Adeeb kerana aku ingin dia rasa kasih sayang walaupun sudah tiada ibu,,,...
memang mereka banyak kerenah tetapi aku tetap bersabar dan melayan......aku gembira bila mereka gembira....mereka sangat gagah menerima dugaan....walaupon berada di dalam keadaan yang memilukan hati tetapi masih boleh tersenyum gembira....
di sini aku titipkan gambar mereka supaya dapat dilihat olah pembaca semua dan aku mengharapkan doa daripada korang semoga mereka sihat....dan sesungguhnya cerita ini benar..bukan dibuat buat
.
kesian Irfan...
besar nanti mesti hensem ok!!
Nur Emylia Natasha yang lemah ......kakak sayang kamu....muah!!!
Adeeb....seorang insan yang tabah menghadapi dugaan....
Hafiz yang lasak!
Hakim ....abang yang penyayang ...walaupon diri sendiri berada di dalam kesakitan tetapi masih memikirkan tentang diri keluarganya yang lain...hakim dan saudara mara yang menjaganya ketika berada di hospital...
ini saja gambar yang dapat di kongsikan...gambar lain tidak baik untuk di tontonkan kepada umum...
ini pula saat2 mereka gembira walaupun berada dalam kesakitan di hadapan rumah atok di keratong
ketika dimandikan oleh abang saya......mandi di atas kerusi roda ialah adeeb dan hafiz...bersama intan dan tasha...seronok melihat mereka....ketawa riang dan melompat sana sini....
mula2 masing2 susah nak mandi ...bile suh mandi ramai2 kat luar...bukan masin seronok...heheheh....dan seorang sepupu saya bernama dania yang memakai baju tidur..
tetapi sesungguhnya Allah itu maha Adil....Dia telah ambil seorang dan telah menggantikan seseorang iaitu
Hai nama saya Amira Nuruwais binti Amir Syawal......saya dilahirkan pada 11.9.2012.....
tarikh ciksu saya UPSR dan saya lah pengganti Cik Ani.....
Inilah anak sedara aku...baby gurl....baby yang selalu aku cerita dan menanti kedatangannya......sayang Ami......
dia lahir pukul 12.19 pagi,,,,aku sangguo x tido untuk nengok die.....ha....dahlah haritu jugak aku UPSR...kau bayangkan macam mana keadaannya........hehe ]
bersama mamanya....
jeles ciksu tengok jari....
comelkan saya ikut ciksu
mak ngan ayah aku dah jadi atok dan aku dah jadi mak cik......atok ngan nenek aku dapat cicit ke 14.sebelah ayah.....sebelah mak cicit ke 2.....sambutan meriah menerima ahli keluarga baru belah mak aku...belah ayah takde apa2..hehehe
p/s:Allah itu maha adil....tabahlah menghadapi dugaan,,,dan sesungguhnya dugaan itu pasti berakhir dengan kegembiraan.......inilah entri aku yang paling panjang
No comments:
Post a Comment